Hari ini tamat lah tempoh berkabung atas kematian anak-anak
bunny. Hari ini sudah cukup ke-40 hari anak-anak bunny lahir yang tidak sempat
melihat dunia. Bunny telah melahirkan anak pada 13.08.15 seramai lapan ekor
anak. Inilah pengalaman pertama saya menyambut kelahiran bayi arnab, bayi tu
lahir jam 12.35 pagi. Masa kelahiran ini memang saya tidak menjangkakan yang
bunny akan beranak kerana pertama kali matching (inilah matching kedua saya
diantara pika dan bunny yang pertama kali menjadi) tidak menjadi, bunny
menunjukkan tanda2 bersalin pada kiraan hari yang ke 20 hari. Saya yang gelisah
menunggu tidak berhasil. Matching yang kedua ini saya tidak perasan kerana saya
telah melepaskan ketiga2 arnab dalam rumah jadi saya tidak terkira hari kerana
masa saya lepaskan tu saya tidak perasan yang diaekor sudah mematchingkan diri.
Hehe…
baby usia 2 hari |
Malam 12.08.15 kira2 jam 8.30 malam, bunny dalam keadaan
yang gelisah. Ke hulu ke hilir di dalam kurungannya. Saya hairan, mungkinkah
bunny sakit. Kemudian saya membuka kurungan dan mengusap kepalanya, dan dia Nampak
relax tapi mata kuyu. Dan saya tidak perasan sama sekali perutnya yang
mengandungi baby sebab bunny ni jenis yang montel dan obisiti. Selepas saya Nampak
dia relax sikit saya menutup kembali kurungannya. Dalam beberapa minit dia
mencabut bulunya, alamak sah dia nak beranak (menurut pembacaan saya di blog2
yang lain, ibu arnab yang mencabut bulunya akan beranak kurang dari 24 jam,
tapi pada pengamatan saya ia kurang dari 12 jam). Sebelum ini saya memang sudah
memasukkan raga ke dalam kurungan untuk membezakan tempat makan, tempat berak
dan tempat tidur ketiga2 arnab saya. Jadi saya tidak menyediakan lagi tempat
beranaknya tetapi c bunny ni pula membuat sarang d luar raga, jadi saya
mengalihkan raga di tempat dia membuat sarang itu dan dia marah. Mungkin sebab
itulah dia tidak mahu memperdulikan anaknya dan tidak mahu menyusukan anaknya.
pengalaman pertama yang menyakitkan.
Hari pertama selepas bunny beranak, saya balik dari kerja
terus ke kurungan. Bermulalah episod sedih di mana seekor anak bunny telah
mati, kebarangkaliannya adalah mati dipijak kerana bunny ni badannya besar. Tinggal
lah 7 ekor. Saya memeriksa perut baby2 arnab tersebut, sah bunny tidak
menyusukan babynya. Saya ajar bunny menyusukan babynya tapi dia x mahu, dia
menghentakkan kaki tanda marah. Saya mengambil seekor babynya dan mendekatkan
ke putting susunya tetapi apa yang terjadi dia menggunakan kakinya menendang
baby itu. Dengan perasaan yang gelisah saya meneruskan pembacaan di blog2
mencari tahu bagaimana menyelamatkan baby tersebut. Dan saya terbaca yang
memberikan ibu tumpangan tapi masalahnya hanya bunny yang mempunyai baby masa
tu. Terbaca lagi menyusukan secara manual.
baby paling kecil |
baby yang tidak disusukan ibunya |
Hari kedua, balik dari kerja saya menyinggah di pet shop dan
membeli botol susu untuk baby haiwan dan susu lembu (pembacaan blog saya yang
lain kata yang terbaik untuk baby arnab adalah susu kambing, mungkin betul
kerana susu lembu itu tidak tahan lama di dalam perut baby). Oleh kerana bunny
seringkali memijak babynya saya ambil keputusan untuk mengalihkan babynya di
raga yang lain dan saya letakkan di luar kurungan. Saya alaskan kain dan
cebisan tisu. Dan bermulalah kerja saya menyusukan baby arnab.
Hari ketiga, balik dari kerja bertambah sedih selepas 2 ekor
anak bunny mati. Kemungkinan yang pertama adalah tidak mendapat susu ibu dan
yang kedua ia mungkin kesejukan. Dalam pembacaan saya lagi kebanyakan anak
arnab yang pertama kali beranak akan mati dan kebarangkalian yang hidup mungkin
1 atau 2 ekor sahaja. Ini kerana mereka tidak mempunyai pengalaman untuk
menjaga anak. Dalam hati berdoa semoga yang 5 ini akan terus bertahan.
inilah baby yang paling besar |
Hari keempat, juga balik dari kerja semakin sedih kerana 3
ekor lagi telah mati. Nak menangis pun ada kerana usaha saya untuk memastikan
baby tu terus hidup mungkin tidak kesampaian. Sehingga saya perlu bangun seawal
jam 4.30 pagi untuk memastikan mereka menyusu sebelum saya ke tempat kerja. Masih
ada harapan untuk 2 ekor yang terakhir. Mungkin yang ini akan terus hidup.
Hari kelima, balik dari kerja dan rasa nak meraung kerana 2
ekor yang terakhir pun mati. Saya tidak tahu nak buat apa lagi. Sedih, yes I am
sad. Nak buat macam mana mungkin belum reziki lagi. Teruskan pembacaan rupa2nya
kemungkinan besar baby arnab ni tidak bertahan kerana mereka tidak mendapat
susu awalan iaitu susu ibu selama 3 hari pertama. Susu ibu ini lah yang akan
menentukan system immune diaekor sama ada bertahan ataupun tidak. Tidak apa
pengalaman pertama. Dan dalam proses untuk mematchingkan pika dan timun.
No comments:
Post a Comment