Masing2 dengan style masing2.. |
Ini medan “anjung selera” di Tanjung
lipat. Memang selalu datang sini, adalah dalam sekali sebulan, selalunya hujung
bulanlah sebab tau-taulah kan, time tu lah poket tebal, kalau pertengahan bulan
sudah tu, habuk pun tara. Best sesangat makan kat sini, boleh order makanan
goreng2, boleh pilih2 sayur atau makanan laut yang segar2. Pelbagai cita rasa
lah, tapi taklah semeriah pasar Pelipin tu. Sana udang sebesar tangan saya pun
ada, yang di sini udang harimau ada tapi yang saiz sederhana ja lah.
Lagi best makan kat sini adalah
pemandangan malam yang berhadapan atau betul2 di tepi laut, boleh tingu
bangunan Yayasan Sabah. Dulu dia tidaklah berapa cantik, tapi sekarang dah
terlebih cantik sebab tepinya ada track berjalan kaki, jogging, main basikal
dan dating pun ada, hehe… lagi satu hujung jambatan sana ada port untuk
memancing, kawan sekerja saya kata, diaorang pernah terpancing ikan pari
seberat 10kg. emmm bayangkan kalau anda yang dapat, hehe….
Yang nak makan candle light dinner
tu datanglah sini, duduk di sebelah tepi, mmm… kalau nak bawa sumandak atau
tanakwagu tu lagi sweet… sesuai gitu.
No comments:
Post a Comment