Arnab Kerdil (Brachylagus idahoensis) ialah sejenis arnab Amerika Utara,
dan satu daripada dua spesies arnab di Amerika yang menggali lubang. Arnab
Kerdil merupakan satu-satunya ahli genus Brachylagus.
Walaupun disenaraikan sebagai spesies
terancam di Lembangan Columbia di
rantau Barat Laut Pasifik di Amerika
Syarikat, namun IUCN menyenaraikan spesies
ini sebagai berisiko rendah, kerana populasi Lembangan Columbia Basin merupakan
populasi relik terpencil yang berbeza dari segi genetik
dan semakin menuju ke arah evolusi menjadi subspesies
berbeza, sedangkan IUCN hanya mengambil kira setiap spesies pada
keseluruhannya.
Arnab Kerdil merupakan arnab yang
paling kecil di dunia. Untuk yang dewasa, min beratnya adalah 375 hingga
sekitar 500 gram (kira-kira 13 auns hingga 1 paun), dan panjang tubuhnya
23.5 hingga 29.5 sentimeter (9¼ hingga 11½ inci); yang betina lebih besar sikit
daripada yang jantan. Arnab kerdil mudah dibezakan dengan arnab lain kerana
saiznya yang kecil, telinganya yang pendek, warna kelabu, kaki belakang yang
kecil, dan tiadanya bulu putih pada ekor.
Taburan
Taburan arnab kerdil merangkumi
sebahagian besar Lembangan Besar dan sesetengah kawasan antara gunung yang
berdekatan, di rantau barat Amerika Syarikat. Arnab kerdil dijumpai di Montana
barat daya dari sudut paling tenggara berdekatan sempadan Idaho di utara Dillon
dan Bannack di Kaunti Beaverhead. Arnab kerdil terus bertaburan ke arah timur
hingga Idaho selatan dan Oregon selatan, dan ke selatan hingga Utah utara,
Nevada utara, dan California timur. Populasi terpencil juga dijumpai di
Washington and Wyoming.
Taburan aras tinggi arnab kerdil di
negeri Nevada menjangkau 4,494 hingga 7,004 kaki (1,370–2,135 m), dan di
California pula 4,986 hingga 5,298 kaki (1,520–1,615 m).
Arnab Kerdil Lembangan Columbia
jantan baka tulen yang terakhir, hanya ditemui di Kaunti Douglas, Washington,
mati di Zoo Oregon di Portland,
pada 30 Mac 2006; yang baka tulen betina pula mati pada tahun 2008. Rancangan
pengacukan yang dianjurkan oleh Zoo Oregon, Universiti Negeri Washington
dan Northwest Trek sedang cuba memelihara susun galur genetiknya dengan membiakkan
arnab betina yang ada dengan Arnab Pigmi Idaho.
No comments:
Post a Comment