Thursday, 20 August 2015

My Bunny


 

Inilah tabiat arnab, bila dilepaskan dia kan memanjat semua barang sehingga yang boleh. Bagi anda yang mahu melepaskan arnab dalam rumah pastikan segala wayar2 or kabel elektrik anda tersembunyi kerana satu hobi yang tidak berapa baik tentang arnab ini ialah suka menggigit. Apa sahaja yang didepan mata tepat akan digigitnya termasuklah tissue, tikar getah, kontena, kertas, handbag… semualah. Nak dijadikan cerita masa melepaskan arnab ni my son sedang leka bermain handphone, bila battery low bat, dia pun pergi menyambungkan plug HP charging. Tengo2 dah putus dikerjakan oleh c arnab ni.

Arnab ni memang sensitive, kadang2 terfikir kalau anak saya macam ni mesti best, sebab arnab ni jenis yang dengar cakap. Bila anda tinggikan suara dia mesti akan menundukkan kepalanya dan berbunyi manja. Bila arnab ni buat salah dan anda meninggikan suara dia mesti takut untuk membuat kesalahan lagi. Tapi bila disayang lagi manja dari kucing cuma bezanya kucing ni suka digendong, letak atas riba kita, dia suka manja2. Dan arnab ni pula bila anda mula mengusap dari hidung hingga kepala, dia akan meniarap dan memanjangkan badannya supaya anda boleh mengusap badannya dari kepala hingga ke ekor. Mengada-ngada tak?? Ini lah sifat arnab. Tapi!!! Jangan sesekali gendong arnab anda ataupun mengangkatnya  melebihi 1 meter sebab arnab ni sangat2 lah gayat dengan ketinggian. Jika anda paksa maka anda akan mendapat cakaran manja yang akan meninggalkan parut pada kulit anda, seperti tangan saya. Dah tak cantik dah. Hehehe…




Inilah gaya bunny masa kecil, tidak sure dengan umurnya sebab tauke tempat kami membeli arnab ni cakap dia tidak tahu umur arnab tersebut. Sekarang ni bunny dah membesar sebagai juara, panjangnya 42cm dan tingginya 21cm dan beratnya mungkin dalam 4kg or more. Apa taknya makan ja kerjanya. Dia ni paling gemar pallet sebab itulah makananya dari kecil, dari kedai tempat kami membelinya.

Bagi saya arnab ni paling senang jaga sebab dia jarang sakit cuma perlu titikberatkan penjagaan kebersihan. Arnab ni pandai bertukar bulu, kalau tidak silap saya 3 bulan sekali, masa tu anda kena kuarantin arnab anda dalam kurungan sebab bila anda lepaskan pada masa dia menukar bulu maka takut jika anak2 atau kita sendiri termakan bulu2nya, kerana once dia lompat2 bulu2 tu akan berterbangan. Dan jangan lupa bersihkan kurungan anda seminggu sekali dan lumurkan dettol kurungan arnab anda sebulan sekali.








No comments:

Post a Comment