Saya asal dari Ranau, Sabah. Di Ranau ada apa??? Emmm…..
rasa2nya ramai yang tahu kot. Di Ranau ada Gunung Kinabalu…. Ok saya ceritakan
serba sedikit tentang gunung ini.
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan
puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang
ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Dari segi persempadanan
geografi, gunung Kinabalu merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Terdapat
beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia
Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan
Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah
diakui sebagai puncak tertinggi di Oseania, Indonesia dari segi politik umumnya
dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap
sebahagian daripada Oseania - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara
fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan dipterokarp bukit,
hutan dipterokarp atas, hutan montane dan hutan ericaceous atau hutan gunung. Gunung
Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di
Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang
dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu
banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan
masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya
semangat mereka selepas meninggal dunia.
Gunung Kinabalu terhasil dari pertembungan litosfera Laut
China Selatan dan litosfera yang membentuk kepulauan Borneo. Litosfera ialah
bahagian paling atas permukaan kerak bumi. Dalam pertembungan itu, litosfera
Laut Cina Selatan semakin terbenam ke bawah permukaan bumi memberi tekanan
kepada litosfera yang membentuk Kepulauan Borneo. Tekanan itu menolak bongkah
Gunung Kinabalu yang terletak di bawah permukaan bumi naik ke atas permukaan
bumi. Tolakan itu menyebabkan Gunung Kinabalu semakin meninggi setiap tahun
tetapi pada kadar yang amat perlahan (5 mm) dan sukar dilihat dengan mata
kasar.
Ketinggian asal Gunung Kinabalu dipercayai lebih tinggi
iaitu antara lima hingga lapan kilometer (km) dari ketinggian sekarang. Bagaimanapun
hakisan yang berlaku selama berjuta-juta tahun, menyebabkan paras Gunung
Kinabalu kini hanya tinggal 4,095 meter dan mempunyai potensi untuk
berkurangan. Penyataan ini boleh diakui kerana pada tahun 1997, suatu
pemantauan semula telah dilaksanakan menerusi teknologi satelit yang
mengesahkan ketinggian puncak tertinggi Gunung Kinabalu (Puncak Low) adalah
pada ketinggian 4,095 meter (13,435 ka) diatas paras laut, iaitu ketinggiannya
kurang 6 meter (20 ka) daripada apa yang ternyata dalam terbitan angka hitherto
yang menulis ketinggian Gunung Kinabalu adalah 4,101 meter (13,455 ka).
Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak
tertinggi iaitu:
Puncak Low (Low's
Peak; 4095.2 m)
Puncak St. John
(St. John's Peak; 4090.7 m)
Puncak Oyayubi
Iwu/Puncak Victoria (Oyayubi Iwu Peak; 3975.8 m)
Puncak Kakak Buruk
(Ugly Sister Peak)
Puncak Raja Edward
(King Edward Peak)
Puncak Telinga
Keldai (Donkey Ears Peak)
Puncak Tunku Abdul Rahman (Tunku
Abdul Rahman Peak)
Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu
sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan
yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar. Kesemua
puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartener atau zaman air
batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung
Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya.
Ketika waktu itu puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier.
Kesan pergerakan glasier boleh dilihat di kawasan Pinausok Gravel iaitu satu
tempat yang terletak di antara Kundasang dengan Ranau.
Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung
Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik.
Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah
telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu
untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung
Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa,
mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini
berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti
meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah
sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek
moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat
serta pendaki.
Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan
yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung
Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk
mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka. Perkataan
"Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang
dicampurkan antara perkataan Aki Nabalu, yakni aki membawa maksud nenek moyang,
manakala nabalu beerti gunung, "gunung nenek moyang" dalam bahasa Melayu.
Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek
moyang kaum Kadazandusun. Menurut legenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi
telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ia bermula dari mitos naga yang
menjaga harta karun mutiara. Kesahian cerita ini dapat anda rasakan ketika anda
berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika
anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang
bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat. Para pendaki adalah
dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, etika
pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil
nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.
Ini pemandangan senja dari pekan Ranau |
Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung-hayang adalah amat
dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur
batuan yang curam, berlubang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian
sepanjang masa bagi mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat
di puncak-puncak Gunung Kinabalu. Di atas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak
telaga dan lopak-lopak air semula jadi, kaum Kadazandusun mempercayai di
sinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka bermandi-manda, di sini juga tempat
segelintir mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air
untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. Kini kelopak-kelopak air itu
dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki
di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan
membaling duit syiling kedalam
kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek
moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan
turun. Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air
adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap
syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk
menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam. Para
pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam
kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat
tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni
halus" yang menetap di sana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Itu lah serba sedikit tentang Gunung Kinabalu. Walaupun kini
kita sudah mempunyai kepercayaan atau agama masing2 namun kita harus
menghormati kepercayaan orang dulu2. Tapi point utama saya tu bukanlah nak
bercerita pasal gunung ni, hehe…. Saya sebenarnya ingin berkongsi gambar senja
di Kinabalu yang saya capture sendiri.
Pemandangan ni saya ambil dari Kg. Kibas, Ranau |
Pemandangan ni Saya ambil dari Jalan Kundasang |
No comments:
Post a Comment