Friday, 21 August 2015

Perkara yang harus dititikberatkan sebelum memelihara arnab


  • Adakah anda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang akan berlarutan sehingga akhir hayat arnab itu? Kerana jangka hayat arnab mungkin mencapai 10 tahun sehingga 18 tahun
  • Adakah orang lain didalam rumah juga mesra arnab? 
  • Arnab adalah haiwan exotic dan perbelajaan perubatannya adalah Tinggi.. adakah anda sudah bersedia? 
  • Adakah dikalangan keluarga anda yang mengalami alahan terhadap rabbit atau Hay?
  • Adakah anda mampu menyediakan sangkar atau kawasan yang sesuai bagi arnab anda?
  • Adakah kawasan atau rumah ada adalah Mesra Arnab? 
  • Adakah anda ada memelihara haiwan lain yang boleh mengancam arnab? (kerana arnab amat sensitive, dengan kejutan sedikit boleh menyebabkan kematian) 
  • Adakah anda pernah mempunyai Arnab sebelum ini? Dimana arnab itu sekarang?
  • Adakah ada mempunyai masa untuk mengawasi arnab anda?
  • Adakah rumah/apartment ada membenarkan ada memelihara haiwan?
Sekiranya anda berpindah, berkahwin dan mempunyai anak dan juga mempunyai komitmen, adakah anda masih mampu mengawasi arnab anda?

Jika anda menghadiahkan nya untuk anak anda.. adakah anda rasa anak anda sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab bagi membersihkan, memberi makan dan sebagainya. Jika tidak pastikan ada

Sekiranya semua soalan diatas, anda para pembaca Blog ini dapat menjwab Ya… mungkin anda bersedia untuk kehadiran arnab atau apa-apa sahaja haiwan sebagai haiwan kesayangan
  • Sekarang Cuba fikirkan pula… adakah ANDA sesuai memelihara atau menjadikan  arnab sebagai haiwan peliharaan?


        Adakah saya seorang yang sabar?

        Adakah saya suka melihat kelincahan dan belajar cara2 spesis lain berkomunikasi?

        Adakah saya mempunya masa yang banyak dirumah?

        Adakah saya suka mengabiskan masa dengan duduk diatas lantai?

      
    Untuk pengetahuan ASAS


        Arnab Boleh dilatih untuk mengunakan tandas (Toilet Tray) –untuk arnab tentunya

        Jangka hayat arnab boleh mencapai 8-12 tahun, dan mungkin lebih lama

        Arnab adalah haiwan yang suka bergaul

        Arnab adalah teman yang baik di rumah

        Arnab akan menghasilkan bunyi “purr” seperti kucing bila gembira dan senang hati

        Seperti Kucing dan anjing, arnab juga perlu di kembiri (Spay/Neuted) untuk kesihatan dan juga bagi mengawal perilaku matang.

        Arnab bukan seperti kucing yang suka dipeluk dan digendong, mereka lebih selesa duduk disisi anda di atas lantai, dan mendapat usapan mesra dan manja dari anda

        Arnab amat sukakan permainan. Kotak kad board, plastic berwarna , bola berloceng adalah antara permainan digemari.

        Arnab amat gemar menguyah. Jadi sediakan bahan untuk mereka menguyah seperti potongan blok kayu. (atau mereka akan menguyah harta benda anda)

    Arnab hendaklah dijauhi dari bahaya seperti, pemangsa, kabel electric dan telefon, racun atau tumbuhan beracun dan  suhu yang melampau.

    Credit to:

No comments:

Post a Comment