Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke Rungus Long House
pula. Teriknya mentari menusuk ke kulit, nasib baik ada pakai cap. Sampai di
sini, kami disambut oleh seorang nenek yang sedang duduk di birai kaunter
masuk, mungkin sedang menunggu pengunjung. Nenek tu dalam pertengan umur, dari
jauh kelihatan senyumannya. Mungkin kami adalah pengunjung pertama pada hari
ni. Sesudah membayar fee masuk, kami pun melangkah masuk, kami disajikan pula
dengan gambar2 dari artis2 tempatan dan juga luar negara yang mengunjungi rumah
ini, antaranya Felix Agus, Aidid Marcello dan luar negara adalah Hong Kong
actors separti pic d bawah.
|
Nampak
tak Aidid & Sherry |
|
Selalu
nampak lakonan uncle ni, kebanyakan lakonanya dalam cerita polis2 gitu.
|
|
|
Ni
lah ruang koridor rumah panjang ni, pankang tak? |
|
Ini
ruang sebelah kanan, yang atas tu sebelah kiri. |
|
Sebenarnya
rumah panjang ini boleh ditempah untuk penginapan, ia seakan2 hotel juga namun
low rate lah, kat sini tak perlu kipas, tengah malam konfirm sejuk, kat sini
boleh boking untuk yang suka adventure, rate dia RM35 semalam kalau nak tidur
sahaja, kalau campur makan dan minum dalam RM60 sehari. Tapi uncle tu kata
makanan tu makanan tradisional lah. Kat sini pun ada VVIP room.
|
|
Nak
bergaya juga, hehe |
|
Ni
ruang membaca, bersantai dan tempat minum2 kopi
|
|
Selepas dari rumah panjang, kami pun
ke Pekan Kudat untuk mencari makan, perut ni dah berkeroncong lah pula, belum
makan dari pagi, Cuma perut ni berisi Kfc semalam. Selepas makan terus balik
hotel dan zzzz...
No comments:
Post a Comment