Monday, 17 August 2015

Arnab pertama- Bunny



Saya baru sahaja berjinak-jinak nak pelihara arnab@rabbit ni. Pada mulanya saya tidak tahu nak pelihara haiwan apa dalam apartment. Tapi hati kata nak juga ada binatang peliharaan. Dah rasa sunyi sangat maklumlah anak dah 8 tahun, nak juga ada tempat untuk buang masa. Mula-mula tu nak pelihara kucing tapi mesti bau dengan najis dan kencing, sama juga dengan anjing. So bincang punya bincang dengan husband. Dan buat research di internet, arnablah yang paling senang dan mudah untuk dijaga. Buat permulaan ambil lah seekor, masa tu bulan 12/2014. Inilah dia arnab pertama kami, namanya bunny. Bulunya semua hitam, tapi tak tahu sepsis apa maybe arnab kampung ja kot.



Mula-mula tu, cabaran lah juga. Maklumlah baru pertama kali bela arnab. Bagi lepas di dalam rumah, lompat2 terus berak, jungkit2 punggung terus kencing. Nasiblah my son tu rajin jaga. Balik2 baca cara nak ajar arnab berak satu tempat. Dengan tahap kesabaran yang tinggi akhirnya dah pandai berak dalam kurungannya.
Pengalaman pertama menjaga arnab ni, emmm arnab sakit perut cirit birit. Aduhai matilah nanti arnab tu. Nak tahu kenapa arnab pandai sakit perut sebab saya bagi makan salad bulat. Baca punya baca arnab memang tidak boleh makan salad bulat. Tak tahu lah kenapa. Saya research lagi kat internet, dan bagi makan ubat ni. Nak bagi telan sebiji cam mana. Aduhai masalah lagi, ambil keputusan cairkan ubat ini dalam sudu. Guna syringe ni, tangkap arnab ala-ala mendera tembak ubat tu dalam mulut. Hehe. 2 hari lepas tu sihat dah dia.





Bunny ni memang gemar makan pallet. Makan makan makan terus berak berak berak. 2 minggu selepas bunny ni sakit perut saya cuba bagi makan kacang panjang dan lobak. Punya lah sedap dia makan. Aduhai lah bunny yang membawa keceriaan dalam rumah.




No comments:

Post a Comment