Wednesday, 19 August 2015

Coretan Qesah percutian ke Kudat (14/09/2014)


Nak sambung berbicara tentang percutian di Kudat.

Bangun pagi, gosok gigi cuci muka... allalala... alahai menyanyi pula. Emm.... bangun pagi je terus makan KFC yang tak terhabiskan semalam. lepas tu menyambung perjalanan kami. Hari ni kami akan ke Honey Bee Farm, Sumangkap Gong Making dan ke Rungus Long House sebelah paginya. Petang lain jadual pula.
Kununnya kami akan singah breakfast di kedai berhampiran dengan tempat yang dituju, namun malangnya satu kedai pun tak buka. Tahan sajalah perut. 

Ni signboard yang ada dekat luar Honey Bee Farm tu
Ni dia hero yang cuba2 pegang Honey Board


Ni dia aunty and uncle yang sedang slice honey tu, nak bagi rasa katanya


Sebelum masuk kebun, sempat lagi capture pic ni


Farm ni sebenarnya kebun getah, Bee farm tu adalah aktiviti sampingan orang kampung kat sini, cuma kebun getah tu masing2 usahakan. Tak takutlah dengan Bee ni sebab diaorang dah pamkan asap bagi Bee tu mabuk.

Selepas membeli key chain dengan madu ni untuk kawan2 ofis, kami pun meneruskan perjalanan ke Kg. Sumangkap, di situlah tempat membuat gong (muzik tradisional masyarakat Kadazan Dusun di Sabah).


Ni lah madu asli keluaran farm ni, hanya ada dijual di sini dan tak ada di pasaran, kalau pergi seni mesti beli ekk...


Small Gong, boleh buat cendrahati tapi kecil2 pun dia tetap akan mengeluarkan bunyi apabila diketuk.


Si kecil pun nak bergambar juga



Terlalu kecil untuk dibandingkan dengan gong terbesar di dunia ni


Mr. K mengeluarkan gayanya tersendiri



Is me with 20ft gong, the biggest in world maybe.

No comments:

Post a Comment