Ini saya dan my son |
Masa pergi Beaufort jumpa anak buah
saya tu sempatlah juga saya datang ke sekolah lama saya, tapi masa tu sekolah
tutup sebab hari ahad. Jadi tak ada kesempatan juga nak jumpa bekas-bekas cikgu
masa saya sekolah di sana. Masa pergi sana tu pergi balik ja dari kota
kinabalu-Beaufort-Kota kinabalu. Masa perjalanan dalam dua jam lebih-lebih je
sehala.
Saya pergi sana dengan my BFF… masa
tu masih belum ambil loan kereta lagi. So, Mr. Khir yang drive dengan kereta
hilux, tapi kereta tu hanya tinggal kenangan lagi. Sebenarnya kereta tu kereta
kompeni tempat dia kerja, lepas dia berhenti kerja sebab dapat kerja
government, pekerja lain yang bawa jadi kereta tu terlibat dengan kemalangan,
dengar-dengar macam total lost. Masih ingat lagi plate no dia SAA1511F.
Ini bersama dengan adik angkat tersayang, His name is Gadi |
Best sekolah sini ni, nak tau
kenapa?? Sekolah ni asal hujan kompom banjir, so kalau banjir tak paya lah
datang ke sekolah. Jadi banyaklah cuti. Cikgu-cikgu semua pun sporting gila.
Paling banyak aktiviti, asal cuti sekolah ja, adalah kem motivasi, adalah kem
persatuan, adalah kem unit beruniform. Mmm masa saya sekolah sini ni, adalah
juga masuk wakil dalam Persatuan Bulan Sabit Malaysia peringkat negeri di
Sandakan tahun 1998. Bangga lah juga sebab terpilih, sebab sebelum jadi wakil
tu kami kena hadir ke sesi pemilihan di sekolah, apa dah nama sekolah tu.
Sekolah cina dekat dengan hospital. Memang ramai yang datang, so buat sehabis
baikalah kunun.
Bersama dengan Mr. Khir, my BFF |
Ingat
lagi masa kem motivasi, kami kena masuk hutan dekat dengan sekolah. Entah apa
task yang kami kena bagi tu, sipi-sipi dalam ingatan lagi. Tapi memang best lah
sekolah sini, selama dua tahun sampai habis PMR. Tingkatan 4 saya pindah balik
pergi sekolah di SMK Lohan, Ranau. Sebabnya kakak saya ikut lakinya berpindah
ke Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment