Pengalaman pertama saya dalam mengawinkan arnab daripada
kegagalan sehinggalah bunting dan bunny saya melahirkan anak adalah pengalaman
yang sangat2 berharga dan seronok. Pengalaman pertama saya ini adalah “kegagalan”
sepenuhnya apabila baby bunny semuanya mati akibat daripada situasi bunny yang
tidak mahu menyusukan babynya, maklumlah pengalaman pertama menjadi ibu. Hendak
membantu menyusukan tetapi badan mrs bunny ni sangat besar sehingga saya tidak
boleh menumbangkan badannya untuk menyusukan. Dlm post saya kali ini, saya ingin berkongsi
tentang cara saya mengawankan arnab.
Saya pernah mencuba cara yang dicadangkan di beberapa blog
tetapi cara itu tidak berapa berkesan, maka saya temui cara saya sendiri:
*Saya lepaskan bunny(betina) dan pika(jantan) keluar bermain
berdua di dalam ruang tamu (saya pernah memasukkan bunny ke dalam kurungan
pika, tetapi apa yang saya dapati mereka bergaduh dan bunny tidak membenarkan
pika menyentuhnya). Anda jangan dekati mereka ketika anda sedang matchkan,
sebab arnab ni pun punya perasaan malu juga. Anda hanya boleh melihatnya dari
jauh. Bila c jantan memanjat badan betina dan tiba2 dia mengelonsor ke belakang
maka proses kawin arnab anda berjaya. Waktu matchingkan yang terbaik adalah
pada awal pagi atau petang selepas jam 6.30 petang.
jika anda dapati perkahwinan arnab anda berjalan dengan
lancar, anda perlu bekalkan mereka rumput alfafa selepas 3 hari berlakunya
perkahwinan tersebut,ini bertujuan utk menjadikan siibu arnab tadi dapat
mencukupi bekalan protien dibadan apabila bersalin kelak, selain itu bekalan
susu yg mencukupi untuk anak2 arnab tersebut. Bekalan alfafa hay selama 1 bulan
untuk ibu,1 bln 20 hari selepas bersalin dan untuk anak2 arnab sehingga 4 bulan
atau lebih sehingga 5 bulan.
*Catat hari anda matchingkan arnab anda dan pada hari ke 15
dan 20 lakukan pemeriksaan perut @palpation. Tekan secara lembut dari bawah
abdomen perlahan2 ke perut, jika anda terasa seperti ada ketulan seperti biji
guli itu bermakna arnab anda sudah bunting. Tapi jika anda tidak pakar dan
arnab anda memang yang berbadan gemuk anda tidak akan dapat merasa ketulan baby
tersebut.
Jika anda tidak pasti arnab anda bunting atau tidak sila
lihat kepada perubahan tingkahlakunya. Arnab bunting akan berubah sikapnya dari
manja kepada garang. Lihat pula pola pemakanannya, jika arnab bunting dia akan
kuat makan dan minum. Dan paling ketara adalah pertambahan berat badannya. Juga
arnab yang bunting bulunya akan gugur dengan banyaknya.
*Jika dalam catatan anda arnab anda sudah mencapai hari ke
28, sila buat persiapan untuk menjadi nenek/ datuk arnab. Saya menggunakan raga
seperti gambar di bawah. Sebelum memasukkan raga tersebut ke dalam kandang
arnab anda perlu mencuci raga tersebut dan lumurkan dengan detol supaya baby
arnab anda tidak senang diserang penyakit. Masukkan daun pisang untuk dia
membuat sarang, murah dan selamat tapi pastikan daun pisang tu di jemur
terlebih dahulu untuk menghilangkan getahnya tapi jangan pula sampai kering. Jangan
masukkan keratin surat khabar sebab ia berkimia dan arnab anda mesti akan makan
surat khabar tersebut. Daun pisang tu memang makanannya dan selamat untuk
digunakan.
Bila anda linat arnab anda gelisah, mundar
mandir di dalam kurungannya, mengeluarkan bunyi yang tidak pernah dia keluarkan
sebelum ini dan paling ketara adalah bila arnab sudah mula mencabut bulunya
untuk dibuat sarang, maka anda akan menyambut kelahirannya kurang dari 24 jam.
Dan jika dalam tempoh 30 hari arnab anda tidak bersalin maka peroses matchingkan anda tidak berjaya maka anda boleh melakukan proses matchingkan semula. semoga anda berhasil.
No comments:
Post a Comment