Tuesday, 18 August 2015

Arnab mandi???



Banyak bloger yang kata arnab tidak boleh dimandikan, mungkin ya mungkin tidak. Seperti juga kucing dan anjing. Tapi pada saya dan pengalaman saya, arnab saya seekor yang namanya timun dia suka sangat duduk dalam bekas makanan or minuman lepas tu dia buang pie dia. Kotor sangat2 nanti punggungnya. Jadi mahu tidak mahu saya kena bersihkan dengan satu cara hanya dengan mandikan. Dan rutin bulanan saya juga ialah membersihkan kandang dengan memandikan arnab.



Opsss!!! Berhati2 ketika anda cuba memandikan arnab sebabnya dia pasti akan meronta2 dan anda mungkin mempunyai kebarangkalian 100% terkena cakarannya. Cara memandikan adalah dengan memegang kedua2 telingannya dan kaki. Letakkan dalam air mandian dan pegang sehingga dia berhenti meronta. Siram dari punggung ke kepala. Saya menggunakan sabun Dettol supaya kuman2 dalam bulunya akan mati. Lepas mandi lap badan mereka dengan tuala dan biarkan mereka mengeringkan badan sendiri.



Kurungan?? Emmm…. Kita mesti menjaga kebersihan kurungan supaya arnab kita tidak dijangkiti penyakit terutamanya penyakit kulit dan sakit perut. Ooo ya, sebelum terlupa… jangan biarkan arnab anda bermain dengan pallet yang basah, ini disebabkan pallet ni panas dan boleh menyebabkan kelemumur pada arnab. Kelemumur ini akan menyebabkan bulunya berguguran dan badan menjadi botak. Ketika saya mengalami pengalaman timun ditumbuhi kelemumur di sekitar kedua2 kakinya sebab dia suka sangat bermain dengan air dan membasahkan palletnya. Saya membantunya membuka kelemumur tersebut sehingga bersih dan akhirnya bulu sedikit demi sedikit bertumbuh.

Sambung tentang kurungan. Setiap bulan saya akan mencuci kurungan mereka dengan memberus dan mencuci dengan sabun, apa2 jenama pun tak kisah. Saya guna sabun kain daia tu. Selepas mencuci saya akan mengambil tuala kecil tuangkan sedikit cecairan Dettol dan lapkan ke seluruh kawasan kurungan tersebut. Tunggu sehingga 20 minit atau sehingga kering barulah masukkan makanan dan minuman seperti biasa dan panggil arnab anda kembali ke kandangnya. Kadang2 arnab ni pun seperti manusia juga, mana suka duduk dalam kandang, jadi anda sendiri yang akan mengejar arnab anda sehingga dia masuk ke kandangnya. Hehe….




Selepas memandikan arnab anda dan bulunya betul2 kering jangan lupa menyikat bulunya dan jangan lupa letakkan bedak. Arnab pun nak wangi2 juga. Sekian untuk entri kali ini.

No comments:

Post a Comment