Kami bertolak dari Telipok kira-kira jam 9 pagi. Perjalanan kami akan
mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke destinasi. Singgah sebentar di
Pekan Kota Belud, apa lagi… menapaulah kuih pinjaram. Lepas tu singgah makan di
salah satu restoran di KB. Lepas selesai mengenyangkan perut kami menyambung
kembali perjalanan kami. Sebelum sampai di simpang 3, antara Kota Belud, Kota
Marudu dan Kudat kami menyingah pula membeli rambutan, langsat dan mata kucing
di gerai tepi jalan, plan nak singgah di Hutan Simpan Ulu Kukut tapi boss cakap
itu boleh singgah time balik KK semula, yang penting kena sampai di hotel
penginapan kami dulu. Sepanjang perjalanan antara KM dengan Kudat, anda akan
dijamu dengan pemandangan estate kelapa sawit. Lebih kurang jam 1 kami tiba di
hotel penginapan kami. Kami menginap di Hotel Morning Glory, RM139 per night.
Ok lah kira standard tapi kadang2 apa yang kita nampak di internet tu tidak
semuanya betul, mmm terkena lah juga. Tapi ok lah hotel ni…. Yang best tu kiri
dan bangunan belakang tu ada pub and karaoke, kalau nak berhibur bolehlah
masuk. Ada tempat makan yang berdekatan, nak steamboat ataupun restoran biasa
pun ada…
Sampai di hotel kami merehatkan diri sebelum memulakan lawatan kami ke
tempat2 yang menarik di Kudat ini. Sambil rehat tu kami melantaklah kuih yang
kami beli di KB sambil2 tingu tayangan di HBO. Tepat jam 3 petang kami
mengerakkan diri ke Pantai Bak-Bak… sebelum datang ke Kudat ni saya dah search
mana2 tempat yang boleh dilawati. Sesampainya kat situ, kereta adalah dalam 2 3
biji, manusia yang berlegar2 tak lah sampai 20 orang, yang ada orang yang
berdating dan beramah mesrah dengan pakwe or makwe. Tingu keadaan sekeliling,
mmmm memang ketara tak ada maintenance. Nak cari makanan?? Adalah juga anti
yang jual keropok dan air, tapi tak banyak choice. Bagi saya memang tempat ni
menarik, cantik dan bagi pencinta keindahan, ini boleh dilawati tapi kiranya
diperindahkan lagi tempat ni, saya rasa ramai yang akan datang ke sini, dengan
air yang tenang dan sangat2 jernih, boleh tingu pekan Kudat dari sini, ada boat
ke sana ke mari, rasa2nya boleh sewa boat ni untuk ronda2 laut.
Tapi tingu tempat ni tak ada maintenance, sangat2 mengecewakan, ini ka tempat
pelancongan yang kita mahu orang luar lawati, inikah tarikan yang kita ada??
Saya bukan nak memburukkan tempat ni dan menghina jauh sekali tapi ini adalah
dari pandangan mata kasar saya. Saya cuma memberi pendapat dan bagi saya memang
tempat ni indah tapi tidak diselangarakan dengan baik.
Kami singgah di sini adalah dalam 20 minit, minum coke dengan kerepek pisang
lepas tu balik. Kami bertolak pula ke Pekan Kudat nak cari makan. Disajikan
pula dengan pemandangan padang golf. Cantik… lepas tu jumpa pula dengan
Esplanad… sebuah menara jam berdepan dengan laut, dan di seberang laut tu
adalah Pulau Bangi. Wowww…. The sea…. Sangat saujana mata memandang, airnya
kehijauan. Kami menyusuri jambatan kayu di birai pondok terapung. Terdapat
penternakan udang dan ikan dalam sangkar, anda boleh lihat uncle2 anti2,
kanak2… memancing di jeti yang disediakan. Berderau jugalah darah ketika
menyusuri jambatan kayu yang disediakan, takut karang jatuh di dalam laut,
rasa2nya kedalamannya tu lebih dari 5 meter.
Lepas tu kami menuju ke Pekan Kudat, hendak mencari kacang kudat yang
terkenal dengan keenakannya sambil mencari makanan untuk dinner. Pergi pasar,
pasar pula dah tutup sebab jam sudah menunjukkan jam 5 lebih. Awalnya pasar
tutup. Jalan pula mencari makan, kebanyakan kedai tutup, almaklumlah penduduk
di sini kebanyakannya beragama kristian dan mereka beribadat pada hari sabtu.
Pusing punya pusing punya pusing, adoiii penat dah… yang ada depan mata adalah
KFC, apa lagi menapau lah lagi. Lepas tapau tu balik hotel and zzzz….
No comments:
Post a Comment