Monday, 24 August 2015

Senja nan petang

Ni pemandangan senja di hadapan rumah saya


Siapa diantara kamu yang suka melihat senja… Kadang2 ada yang suka duduk di koridor atau pantai2 semata2 mahu menikmati pemandangan senja. Yang bestnya pemandangan senja ni sebaran cahaya matahari yang semakin menghilang. Saya seorang pencinta alam, pencinta kepada ciptaan Tuhan. Saya suka melihat sesuatu yang indah, yang pada orang lain mereka tidak pun melihat benda atau suasana itu cantik, tapi pada mata saya ia mempunyai nilai tersendiri. Kadang2 my husband akan cakap, hiss… tu pun nak tangkap pic ke? Bukannya cantik pun.

Ramai yang kata, waktu senja2 ni tidak bagus berada di luar rumah sebab Senja merupakan waktu peralihan antara siang dan malam. Siang adalah waktu untuk manusia keluar mencari rezeki, maka waktu malam pula merupakan waktu di mana jin dan syaitan berkeliaran untuk menjalankan kegiatan mereka. Mmm….. saya hanya manusia biasa dan saya tidak mengatakan ini salah ataupun ini betul. Tapi biarlah ia ditentukan dengan kepercayaan kita masing2. Di sini ada beberapa panduan supaya tidak disampuk dengan benda2 halus ni:

Menahan kanak-kanak dari berada di luar rumah pada waktu senja
Menutup bekas minuman dan makanan ketika waktu malam
Berdoa mengikut agama masing2 bagi menghalang syaitan masuk
Berdoa memohon Perlindungan Tuhan dari angkara sihir dan bahaya malam
Menjaga aurat terutama kepala ketika keluar rumah waktu senja (jangan pakai seksi2 nanti jin tergoda, terjadilah lebam2 kat badan)

Cantik tak???
 
Syaitan akan mudah masuk kedalam mimpi seseorang. Oleh kerana itu , kita akan mimpi perkara yang tidak baik pada waktu senja ( selepas asar ). Jadi , jangan biarkan diri anda atau orang lain tidur waktu asar .. jika adik / bayi anda tidur waktu ini , geraklah mereka dan bermain dengan mereka supaya mereka tidak tidur waktu itu. Ini kerana bayi / kanak-kanak lebih mudah kena .. Waktu ini lah kita paling suka tidur , jadi berubah lah .. cara untuk elak tidur waktu ini adalah , keluar lakukan riadah , lakukan hobi anda dan sebagainya.






No comments:

Post a Comment